https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Friday 26 September 2014

Pagi Jumaat

Hari ini adalah 1 Zulhijjah. Ruginya tidak dapat berpuasa untuk hari pertama ini. Badan kurang bertenaga disebabkan alahan yang agak kuat. Macam-macam tips sudah saya ikut tapi masih lagi ada alahan pada waktu pagi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Saya redha.
Hidup mesti diteruskan !!!

Insya Allah, 9 Dzulhijjah kami sekeluarga akan berpuasa. Semoga di permudahkan..



Wednesday 6 August 2014

Lamanya

Berlalulah sudah ramadan, sebulan kita menjalankan ibadah berpuasa, berterawih dan menjalankan aktiviti yang bermanfaat. Lamanya tidak bersentuh butang "keypad laptop". Hari ini akak berkesempatan untuk menjenguk laman asmara ini. Sungguh selama sebulan memang tidak buka langsung blog ini. Akak ada alasan sendiri, tidak mahu lalai. Akui memang kalau menghadap laptop kerja lain tidak berjalanlah. Asyik sangat.

Sebentar tadi dapat panggilan telefon dari rakan sekerja dulu. Katanya tertekan dengan tempat kerja. Minta tolong carikan kerja. Hmmm termenung sekejap, apa yang boleh akak tolong. Katanya hendak minta bantuan dari akak untuk menguruskan perkhidmatan servis untuknya. Macamana hendak membantunya sedangkan akak pun tidak tahu menahu tentang khidmat "cleaning service" ini.

Jadi ambil keputusan hari jumaat kita buat janji temu, sambil-sambil itu boleh la menjamu sedikit kuih raya yang masih berbaki di rumah ini. Hendak sembang lama sikit, maklumlah sudah lama tidak ketemu.

Monday 7 July 2014

Mula berpuasa

Melatih anak-anak untuk berpuasa adalah satu cabaran yang besar buat ibu bapa.  Peringkat latihan ini selalunya bermula  ketika seawal umur 6 tahun lagi. Ibu bapa mesti ada kekuatan dari segi mental kerana sekiranya kita lemah dan asyik menurut keletah anak-anak ketika berpuasa mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan di sini;

1. Menerangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Walaupun belum wajib bagi anak-anak tetapi mendatangkan pahala jila dilakukan dengan sempurna. Amalan berpuasa juga baik kepada kesihatan.

2. Mulakan berpuasa separuh hari bagi umur 5-6 tahun. Biarkan waktu untuk berbuka awal waktu azan zohor bekumandang. Minggu berikutnya , waktu berbuka ketika azan asar. Untuk minggu seterusnya waktu berbuka sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan maghrib. Insya Allah.. dipermudahkan segala urusan.

3. Anak-anak yang berumur seawal 7 tahun kita akan praktik agar berpuasa penuh. Tetapi digalakkan bangun untuk bersahur. Lengkapkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan.

4. Memberikan galakan dan sokongan kuat dari ibu bapa. Kata-kata semangat agar mereka berpuasa dengan rela hati, jadi mereka tidak akan rasa tertekan ketikan melakukan ibadah berpuasa ini.

5. Menjanjikan ganjaran atau hadiah kiranya mereka dapat berpuasa dengan cemerlang.

6. Ahli keluarga mesti memberi dorongan kuat kepada anak yang berpuasa.

7.  Menyediakan menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka ingin makan ketika berbuka dan bersahur.


Friday 4 July 2014

Sebelum Sahur

Hari ini bangun awal sikit, hari Jumaat penghuli segala hari. Semalam sudah berjanji akak dan suami akan membawa anak ke masjid untuk solat berjemaah. Kami adalah khariah masjid di Sungai Ular, setiap hari Jumaat dan Sabtu akan ada kuliah subuh. Jadi kami ambil kesempatan di bulan ramadan yang penuh barakah ini untuk menambah sedikit ilmu.

Anak-anak akak sudah pesan semalam. Kita akan ke masjid untuk solat jemaah,  yang paling seronok sekali anak yang berumur 4 tahun juga minta dikejutkan awal. Katanya hendak ikut mama, abah dan abang-abang ke masjid juga.

Makanan untuk sahur sudah disediakan hanya menunggu jam tepat pukul 5.00 pagi masih ada lagi 13 minit. Jadi akak ambil peluang untuk menulis. Sudah lama tidak "update". Rindu pulak. Pagi ini juga adik akak akan menghantar anak sulung ke rumah untuk menjaga anaknya. Katanya pihak nurseri tidak mahu menjaga anaknya yang sakit mata itu. Tetapi akak sudah pesan ambil Vitamin C untuk diberi kepada anaknya. Alhamdulillah, tips ini akak sudah amalkan sejak anak pertama lagi. Kalau ada tanda-tanda sakit mata cepat-cepat kita bagi Vitamin C ini.

Berjumpa lagi.. ada masa berbaki lagi 4 minit, hendak kejutkan anak..  :)

Tuesday 24 June 2014

Kerja Di Rumah

Kami menyediakan peluang perkejaan, sambilan atau sepenuh masa

Syarat - Syarat Kelayakan:

Tahu mengunakan komputer & internet
Mempunyai Komputer/Laptop
Ada akses ke talian internet
Ada sedikit wang saku antara RM 150.00  ~ RM200.00

Lain - lain kelayakan:

Mampu bekerja tanpa pengawasan
Berupaya mengikuti arahan
Bersedia untuk kerja keras
Berfikiran positif & terbuka
Bermotivasi & mahu belajar
Bukan seorang pemalas

Punya disiplin diri yang tinggi

Jika anda memenuhi pra syarat di atas boleh terus mendaftar di Akademi Bekerja Dari Rumah. Dapat menjana pendapatan dari rumah. Insya Allah.

Pakej yang kami sediakan ialah ;

1. Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Produk Islamik 
4. Telekung solat

Untuk setiap pakej kami kenakan caj sebanyak RM 150.00 kecuali Telekung solat harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 200.00.

Usaha
Tawakal
Berdoa

Impian dan cita-cita akan tercapai untuk menampah pendapatan keluarga.



Report Card

Pagi tadi kami sekeluarga telah  ke sekolah, untuk menanda tangani buku keputusan peperiksaan " Report Card". Alhamdulillah.. keputusan baik. Guru kelas anak yang sulung memberi komen, Muhammad Danish kena lebih banyak memberi tumpuan dan kena banyak bertanya di dalam kelas. Subjek akademik memang memberansangkan, malangnya subjek Hafazan agak sedikit menurun berbanding ujian bulanan yang lepas. Kena bagi tumpuan yang lebih sedikit. Itu kata gurunya.

Muhammad Darwisy, agak aktif dan ceria di dalam kelas. Mudah membantu guru, tetapi ada jugak komen-komen yang diberikan oleh guru kelas perlu beri lebih tumpuan dan nasihat akan  tingkahlakunya. Akademaik memang bagus tetapi untuk subjek Diniah ( Fekah, Tauhid , Jawi , Hadis ) terpaksa kena bagi lebih tumpuan.

Jadi setelah melihat keputusan peperiksaan, akak akan memberi lebih tumpuan pembelajaran dan  membaik pulih pemahaman mereka dalam subjek-subjek tertentu terutama sekali subjek Diniah.

Monday 23 June 2014

Karipap Rangup Frozen

Teks: Norhasliza Abu Hassan
Foto : Sendirian berhad

Assalamualaikum, hari ini saya sempat menghasilkan karipap rangup frozen, resepi dari air tangan mak dan sepupu saya Kak Ayu. Alhamdullilah semalam 150 biji sudah sampai ketangan pelanggan. 

Saya menghasilkan karipap rangup frozen ini dengan niat hendak membantu mereka yang bekerja di luar sana yang kekangan waktu untuk menyediakan makanan untuk keluarga tersayang. 

Kulitnya yang rangup, intinya pedas-pedas manja seisi keluarga boleh menikmatinya. Insya Allah.. anda tidak akan berasa rugi apabila membeli dari saya.






Untuk tempahan boleh menempah seawal 2@3 hari. 

Harga untuk 1 pek RM 4.00