https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Monday 7 July 2014

Mula berpuasa

Melatih anak-anak untuk berpuasa adalah satu cabaran yang besar buat ibu bapa.  Peringkat latihan ini selalunya bermula  ketika seawal umur 6 tahun lagi. Ibu bapa mesti ada kekuatan dari segi mental kerana sekiranya kita lemah dan asyik menurut keletah anak-anak ketika berpuasa mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan di sini;

1. Menerangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Walaupun belum wajib bagi anak-anak tetapi mendatangkan pahala jila dilakukan dengan sempurna. Amalan berpuasa juga baik kepada kesihatan.

2. Mulakan berpuasa separuh hari bagi umur 5-6 tahun. Biarkan waktu untuk berbuka awal waktu azan zohor bekumandang. Minggu berikutnya , waktu berbuka ketika azan asar. Untuk minggu seterusnya waktu berbuka sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan maghrib. Insya Allah.. dipermudahkan segala urusan.

3. Anak-anak yang berumur seawal 7 tahun kita akan praktik agar berpuasa penuh. Tetapi digalakkan bangun untuk bersahur. Lengkapkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan.

4. Memberikan galakan dan sokongan kuat dari ibu bapa. Kata-kata semangat agar mereka berpuasa dengan rela hati, jadi mereka tidak akan rasa tertekan ketikan melakukan ibadah berpuasa ini.

5. Menjanjikan ganjaran atau hadiah kiranya mereka dapat berpuasa dengan cemerlang.

6. Ahli keluarga mesti memberi dorongan kuat kepada anak yang berpuasa.

7.  Menyediakan menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka ingin makan ketika berbuka dan bersahur.


No comments:

Post a Comment