https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Garlic complex shaklee


Petua orang lama, bawang putih baik untuk kesihatan. Yang mana antara kebaikannya , bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga dapat membanyakkan susu.

Sungguh masa berpantang dulu mak selalu masukkan bawang putih dalam setiap masakan.. perghh boleh tahan jugaklah bau dia.. kalau suka tu tak pa lah.. tp utk mereka yang kurang enak dengan bau tu mesti tak sukan kan..
Jom kita tengok apa istimewanya Garlic complex Shaklee ni…


Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.




Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Keistimewaanya;

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
     mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan  
     sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
     kulat, kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
     alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
     penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
     dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
     pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
     mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
    pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
        sistem air kencing
    
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


**NOTA:
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan  dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. Pembentukan  nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4] Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam.
sumber:en.wikipedia.org
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyaki


Saturday, 3 May 2014

Bagusnya Mealshake shaklee

Ibu bapa mana yang tidak risau kalau anak kurang selera makan? Kalau disebabkan demam atau tidak sihat mungkin tak mengapa.. sebab lepas dah sihat ok lah kan.. tapi yang merisaukan kalau sepanjang masa selalu saja kurang selera makan. Hendak bagi sesuap nasi pun siap kena kejar.. jenuh jugak tu..

Makanan yang kurang nutrisi memang menjadi kegilaan anak-anak.. Jajan yang penuh dengan kandungan MSG, pewarna yang berlebihan memang menjadi kegilaan anak anak.
Kita sebagai ibu bapa mesti  nak yang terbaik betul tak? Siapa tak sayangkan anak kan…

Sudah tentu kita tak nak anak kurus kering , kejap-kejap demam, selsema dan yang paling merisaukan kurang aktif. Lambat laun anak boleh jatuh sakit. Memang mencabar bagi kita yang berhadapan dengan anak yang cerewet makan atau “fussy eater” . Apa nak buat kalau kita terpaksa juga berdepan dengan anak yang kurang selera makan ? Takkan nak biarkan anak kita kelaparan?

Kenapa anak cerewet makan?

Salah satu cara untuk untuk megatasi anak kurang selera makan kenal pasti sifat makan anak kita. 

Cuba perhatikan adakah anak kita tergolong dalam salah satu golongan dalam salah 
satu atau mana-mana dari kategori dibawah ini;

  1. Tak suka makan sayur. Sensitif dengan warna hijau.
  2. Suka makan makanan segera. Contoh nugget, kentang goreng, burger dan sebagainya.
  3. Tak suka makan buah-buahan
  4. Tak suka campur makanan . contohnya ikan, daging, nasi tak boleh berada sepinggan. (nak jer makan nasi dengan kuah jer ) tak ker pelik tu..
  5. Suka makan menu yang sama. Nasi goreng telur mata ...huhuhu
  6. Sangat sensitive dengan rupa makan ataupun tekstur makanan. Boleh hidu dulu sebelum makan, kalau tak menepati syarat... langsung tak dijamahnya.



Masalah selesai.. alhamdullilah syukur pada Allah.  Hmmm mesti  nak tau macamana saya selesaikan . Saya berikan minuman berkhasiat “MEALSHAKE”. 

Hanya dengan bancuhan 1 sudu kecil setiap hidangan, saya tambahkan dalam susu atau koko.  Sambil letak dalam botol siap boleh menari-nari lagi dengan anak. Haha… seronokan masalah dah pun selesai. 


Keistimewaan yang terdapat dalam “MEALSHAKE SHAKLEE” - French Vanilla

  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit. 
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak  yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Sebagai salah satu cara untuk menambah berat badan anak
  • Mudah dibancuh dengan minuman kegemaran anak-anak
  • Rendah lemak dan glisemik jadi anak tidak akan menjadi obesity
  • Sesuai untuk anak obesity keranaberi rasa kenyang yang lama
  • Merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.
Nak ke nak.. boleh cuba dapatkan yang terbaik untuk anak anda.

Harga runcit : RM 113.75

Ingin mendapatkan harga berpatutan !!! 

Keahlian terbuka  dan terdapat pelbagai kelebihan menanti anda. 





·         


Awas

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS



Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.
Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.
Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.
Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.
Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.
Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.

Sunday, 27 April 2014

Hidup secara sihat

Salam,

Orang dahulu tidak perlu mengambil vitamin.
Orang sekarang perlu mengambil vitamin.

Kenapa kita perlu ambil vitamin.

Zaman dahulu tidak ada pencemaran, mereka  tidak makan makanan proses, makanan segera dan sebagainya. Perbezaan sangat ketara, tiada bahan-bahan kimia,sayur-sayuran tanpa baja atau bahan kimia untuk mendapatkan hasil tumbuhan yang segar.

Cuba kita tengok atuk dan nenek kita sihat saja , jarang dapat sakit sakit..

Sekarang kita sudah ada macam-macam penyakit.. sakit sinilah.. sakit sanalah..
Semuanya berpunca dari apa yg bahan kimia yg kita makan.

Era zaman 60 thn ke atas baru ada sakit kronik, tetapi sekaran era 40an dah mula sakit sakit… (huhuhu kesian kesian).

Umur semakin pendek, jadi apakata kita kekalkan  kesihatan. Jadi pengambilan vitamin dapat memanjangkan jangka hayat kesihatan kita . Tidak dinafikan kita semua akan mendapat sakit tetapi tanpa ikhtiar kesihatan dalaman akan merosot. Seterusnya mudah dijangkiti penyakit kronik, seperti  diabetes, darah tinggi, sakit jantung,sakit sendi, gout,dan banyak lagi.

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk-bentuk lain. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.