https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Capati

Sarapan pagi yang sihat. Mudah dan simple untuk menyediakan makanan ala-ala India ini.
Untuk membuat doh capati bahan-bahan yang diperlukan hanyalah tepung Atta sedikit planta , air dan sedikit garam.
Cara membuatnya hanya tepung dan planta digaul macam serbuk roti. Sudah sebati hanya masukkan air yang bercampur garam tadi sedikit demi sedikit. Siap mencanai dan boleh terus membakardi atas kuali.

Peserta terakhir makan capati yang mama buat. Dini cakap sedapnya mama buat roti ni..

Sampai suami pesan nanti tengahari hendak makan capati lagi. Dai cakap sedap lagi mama buat dari beli di kedai. Sekarang akak menggunakan segala kepakaran yang ada.

Bahan-bahannya;
300gm  Tepung Atta
1sdm     Planta
secubit sedikit garam
air secukupnya
* Capati akak buat semalam, jadi adunan agak keras sedikit. Keesokkannya adunan doh ini akan menjadi lembut. Mudah untuk mencanai.

Sehingga berjumpa lagi..

Hanya yang terbaik dari air tangan seorang isteri dan ibu buat suami dan anak-anak.


Monday, 16 June 2014

Pastri Choux

Salam semua, berkongsi resepi sudah menjadi kemestian  untuk akak, resepi baru Pastri Choux.
Berminat hendak mencuba, boleh dapatkan resepinya di sini. Sangat mudah, senang dan menyeronokkan sambil melayan kerenah anak-anak semasa di dapur. Pertama kali akak mencuba pastri ini.  Sebelum ini akak hanya membuat carian di " Google " sahaja. Tetapi tidak pasti dengan bahan-bahannya. Agak sikit sangat bahan yang diperlukan.
Sempena hari jadi akak yang lalu, suami akak telah menghadiahkan beberapa buah bahan bacaan, antaranya 400 Resepi Popular terbitan oleh Qaff Publications.  Sambil-sambil menyelak muka surat buku ini, terpandang bahagian paf. Tidak membuang masa akak mencuba. Alhamdulillah, berjaya.

Bahan-bahannya;
100 gm mentega
250ml air
1 sdm gula pasir
150 gm tepung gandum
1/4 sdt garam
3 biji telur ( akak guna size B )

Cara membuatnya;
1. Didihkan air dan mentega, kemudian masukkan tepung gandum , kacau hingga adunan pekat dan masak. Angkat dan sejukkan.

2. Masukkan garam, gula dan telur, pukul hingga rata. Kemudian masukkan adunan ke dalam piping beg dengan kon berbentik kerang.

3. Picitkan adunan di atas loyang yang telah di sapu marjerin dengan membuat bentuk bulatan.

4. Bakar dengan suhu 200Âșc selama 25 minit. Angkat dan sejukkan

Untuk membuat krim kastad;

50gm tepung jagung
500ml susu cair
150gm gula pasir
1/4 sdt garam
1 sdt serbuk vanila
1 sdm mentega

Cara membuatnya;
1. Campurkan susu cair ,gula pasir, tepung jagung ,garam dan vanila. Kacau rata. Kemudian masak hingga mendidih dan pekat

2. Tambahkan mentega , kemudian kacau hingga rata. Angkat

* Adunan untuk pastri dan krim cukup untuk 25 biji.

Tips untuk meletakkan inti krim kastad kedalam pastri. Hanya gunting sedikit di hujung pastri kemudian picitkan krim kastad ke dalamnya.


Selamat mencuba. Insya Allah pasti berjaya.

Tuesday, 27 May 2014

Kulit Tat ( Ready made Tart Shell pastry )

Kulit tat boleh ditempah sekarang. Mudahkan.. tidak perlu menguli doh, tidak perlu membakar. Jimat masa dan jimat tenaga anda. Liza sedia membantu bagi mereka yang kekurangan waktu bagi menyediakan tat untuk yang tersayang.


Hanya di hujung jari sahaja. Klik butang untuk membuat pesanan. Tidak perlu menyusahkan diri untuk membuat pastri. Kadang-kadang belum tentu doh pastri ini menjadi seperti yang kita inginkan.

Pelbagai jenis tat boleh kita pelbagaikan, tat keju, tat buah-buahan, tat telur ,tat coklat dan sebagainya ikut pada kreativiti seseorang.



* Kulit tat yang belum dibakar.

Info penting;
  • Saiz acuan - 4.5 cm ( permukaan sebesar duit syiling 50sen lama )
  • Sepenuhnya menggunakan buttercup untuk mendapat pastri lebih sedap dan rangup
  • Tahan selama 2 bulan. ( simpan didalam bekas kedap udara )








Kuantiti  1 bekas =100 keping
Harga RM 25


Ingin menempah boleh berhubung terus dengan liza.




Coconut Pancake

Alhamdullilah..

Hari ini sudah genap seminggu  bergelar suri rumah sepenuh masa. Seronok rupanya duduk di rumah ni..macam-macam aktiviti boleh kita lakukan.
Rupanya ada hikmah yang dah Allah tentukan. 


Terbaik, sarapan untuk hari ini.. coconut pancake, tapi kalau di kampung kita panggil "peknga kelapa". Resepi ini ambil dari mak.

Bahan-bahannya:

1 mangkuk kecil - kelapa parut
1 mangkuk kecil - tepung gandum
secubit garam
sedikit esen vanila perasa pandan
air secukupnya.

Caranya mudah dan ringkas. Hanya campurkan kesemua bahan tadi kedalam mesin pengisar
 " blander ". Kisar tidak perlu lama. Hanya beberapa minit saja.

Tips untuk tidak melekat pada kuali semasa membakar.. letakkan sedikit butter atau planta.

Setelah semua bahan ini disatukan bolehlah mula membakar.

Selamat mencuba.



Friday, 25 April 2014

Resepi Cheeskut yang sedap



Sarapan pagi yang sihat

Alhamdullilah, semalam saya sempat sediakan cheeskut yang sedap. Sarapan pagi kami sekeluarga. Bekal untuk dibawa ke tempat kerja sudah saya asingkan ( menghitung hari,  4 minggu lagi saya akan berkhidmat sebagai seorang juruteknik). Tidak sabar rasanya menunggu detik itu.

Sampai saja di kafeteria..sudah ada rakan yang sedang menikmati sarapan pagi. Setiap kali mencuba resepi baru mesti saya akan beri mereka rasa. Suka sangat dengar komen-komen yang membina. Secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan saya itu.

Komen rakan-rakan memang memberangsangkan.. sedap kata mereka. Sudah ada yang hendak buat tempahan. Tidak ada niat hendak menjual. Syukur rezeki dari Allah.

Resepi cheeskut yang hendak saya kongsikan di sini.

Bahan-bahannya;

250g cream cheese 
Biskut kraker
Nestum - secukupnya
1/2 tin susu pekat
Susu segar - biskut untuk di celup

sedikit perahan lemon.

Caranya;

Pukul cream cheese sampai larut. Masukkan susu pekat kedalam adunan cheese tadi 
( kurangkan susu sekirannya hendak kurangkan manis ) Putar sebati. Tambahkan sedikit perahan lemon. Ketepikan.

Biskut dicelup kedalam susu segar. Biarkan seketika, tidak perlu lama nanti agak lembik biskut. 

Susun biskut di dalam loyang. Sapu cream cheese ke atas biskut yang sudah dicelup tadi. Taburkan nestum di atas cream cheese. Ulang proses ini sampai habis dan 
sejukkan di dalam peti sejuk. 

Mudahkan..selamat mencuba.

Wasalam.