Hari ini adalah 1 Zulhijjah. Ruginya tidak dapat berpuasa untuk hari pertama ini. Badan kurang bertenaga disebabkan alahan yang agak kuat. Macam-macam tips sudah saya ikut tapi masih lagi ada alahan pada waktu pagi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Saya redha.
Hidup mesti diteruskan !!!
Insya Allah, 9 Dzulhijjah kami sekeluarga akan berpuasa. Semoga di permudahkan..
https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts

Friday, 26 September 2014
Monday, 7 July 2014
Mula berpuasa
Melatih anak-anak untuk berpuasa adalah satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Peringkat latihan ini selalunya bermula ketika seawal umur 6 tahun lagi. Ibu bapa mesti ada kekuatan dari segi mental kerana sekiranya kita lemah dan asyik menurut keletah anak-anak ketika berpuasa mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan di sini;
1. Menerangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Walaupun belum wajib bagi anak-anak tetapi mendatangkan pahala jila dilakukan dengan sempurna. Amalan berpuasa juga baik kepada kesihatan.
2. Mulakan berpuasa separuh hari bagi umur 5-6 tahun. Biarkan waktu untuk berbuka awal waktu azan zohor bekumandang. Minggu berikutnya , waktu berbuka ketika azan asar. Untuk minggu seterusnya waktu berbuka sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan maghrib. Insya Allah.. dipermudahkan segala urusan.
3. Anak-anak yang berumur seawal 7 tahun kita akan praktik agar berpuasa penuh. Tetapi digalakkan bangun untuk bersahur. Lengkapkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan.
4. Memberikan galakan dan sokongan kuat dari ibu bapa. Kata-kata semangat agar mereka berpuasa dengan rela hati, jadi mereka tidak akan rasa tertekan ketikan melakukan ibadah berpuasa ini.
5. Menjanjikan ganjaran atau hadiah kiranya mereka dapat berpuasa dengan cemerlang.
6. Ahli keluarga mesti memberi dorongan kuat kepada anak yang berpuasa.
7. Menyediakan menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka ingin makan ketika berbuka dan bersahur.

Friday, 4 July 2014
Sebelum Sahur
Hari ini bangun awal sikit, hari Jumaat penghuli segala hari. Semalam sudah berjanji akak dan suami akan membawa anak ke masjid untuk solat berjemaah. Kami adalah khariah masjid di Sungai Ular, setiap hari Jumaat dan Sabtu akan ada kuliah subuh. Jadi kami ambil kesempatan di bulan ramadan yang penuh barakah ini untuk menambah sedikit ilmu.
Anak-anak akak sudah pesan semalam. Kita akan ke masjid untuk solat jemaah, yang paling seronok sekali anak yang berumur 4 tahun juga minta dikejutkan awal. Katanya hendak ikut mama, abah dan abang-abang ke masjid juga.
Makanan untuk sahur sudah disediakan hanya menunggu jam tepat pukul 5.00 pagi masih ada lagi 13 minit. Jadi akak ambil peluang untuk menulis. Sudah lama tidak "update". Rindu pulak. Pagi ini juga adik akak akan menghantar anak sulung ke rumah untuk menjaga anaknya. Katanya pihak nurseri tidak mahu menjaga anaknya yang sakit mata itu. Tetapi akak sudah pesan ambil Vitamin C untuk diberi kepada anaknya. Alhamdulillah, tips ini akak sudah amalkan sejak anak pertama lagi. Kalau ada tanda-tanda sakit mata cepat-cepat kita bagi Vitamin C ini.
Berjumpa lagi.. ada masa berbaki lagi 4 minit, hendak kejutkan anak.. :)

Tuesday, 24 June 2014
Report Card
Pagi tadi kami sekeluarga telah ke sekolah, untuk menanda tangani buku keputusan peperiksaan " Report Card". Alhamdulillah.. keputusan baik. Guru kelas anak yang sulung memberi komen, Muhammad Danish kena lebih banyak memberi tumpuan dan kena banyak bertanya di dalam kelas. Subjek akademik memang memberansangkan, malangnya subjek Hafazan agak sedikit menurun berbanding ujian bulanan yang lepas. Kena bagi tumpuan yang lebih sedikit. Itu kata gurunya.
Muhammad Darwisy, agak aktif dan ceria di dalam kelas. Mudah membantu guru, tetapi ada jugak komen-komen yang diberikan oleh guru kelas perlu beri lebih tumpuan dan nasihat akan tingkahlakunya. Akademaik memang bagus tetapi untuk subjek Diniah ( Fekah, Tauhid , Jawi , Hadis ) terpaksa kena bagi lebih tumpuan.
Jadi setelah melihat keputusan peperiksaan, akak akan memberi lebih tumpuan pembelajaran dan membaik pulih pemahaman mereka dalam subjek-subjek tertentu terutama sekali subjek Diniah.

Monday, 23 June 2014
Buah Zuriat
Salam semua... pernah dengar buah zuriat?
Pertama kali lihat buah zuriat ini sewaktu hendak membeli stok kurma dan kismis untuk anak-anak di rumah. Cuba tanya tuan empunya kedai di Hijrah Mart Kulim apa khasiat buah zuriat ini. Dia cakap khas untuk mereka yang inginkan cahayamata bolehlah mencuba.
Buah zuriat juga dikenali juga sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular dikalangan jemaah haji dan umrah. "Doum" ia di kenali di negara Arab.
Khasiatnya ialah sebagai
-penyediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.
- untuk darah tinggi mahupun darah rendah
- membetulkan hormon dalam badan kita
- menambahkan tenaga
- melancarkan kedatangan haid
- menyebabkan kehamilan ( insya Allah dengan izinNya )
Cara penyediannya;
1- 1 biji diambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus bersama 4 cawan air selama 15 minit.
2- Selepas itu biarkan selama 2 jam dan kisar buah zuriat tadi bersama air rebusan tadi. Bijinya jangan di kisar. Siap kisar tapis dan campus sedikit madu atau gula dan minum pagi dan malam.
3- Esoknya ulang cara yang sama. Setiap hari 1 biji selama. Amalkan selama 3 minggu.
**Khasiat buah zuriat akan hilang sekiranya kita rebus berulang kali.
untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut bolehlah terus menghubungi;
http://fatemah-abdullah.blogspot.com/2012/05/khasiat-buah-zuriat.html

Saturday, 14 June 2014
Mesin Basuhku
Salam semua, hari ini akak hendak berkongsi pengalaman yang seronok didengar khas untuk para isteri di luar sana.
Beruntungnya ada suami yang pandai segala hal. Jam baru menunjukkan pukul 10.00 pagi, suami sedang membantu akak untuk membasuh kain yang penuh di dalam raga. Semalam kami sekeluarga pergi bercuti ke Tambun " Lost World Water Park" di Ipoh. Minggu-minggu terakhir cuti persekolahan. Selalunya kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama anak-anak. Dapat merapatkan lagi kasih sayang bersama anak-anak.
Inilah hasilnya.. mesin basuhku telah dinaik tarafkan. Akak tanya suami, kenapa jadi macam ini, dia jawab abah nak cuci dulu dalam mesin basuh ini sudah lama tidak bercuci. Akak tersenyum, akhirnya apabila siap dicuci, suis di bukakan. Mengejutkan isi satu rumah. Bunyi penggera mesin basuh berbunyi tanpa henti. Dalam hati, inilah dugaan. Allah sedang menguji umatnya.
Cuba mencari punca apa yang menyebabkan ia berbunyi. Suami akak tidak berputus asa. Dia cakap insya Allah ada jalan penyelesaian.
Apalagi terus jumpa jurutera "Google", pendek kata segala maklumat yagn kita inginkan pasti ada di dalam carian. Sudah jumpa ikut satu persatu bagaimana hendak baikinya. Sambil-sambil cuba baiki mesin basuh , suami sempat lagi melayan kerenah anak .
Alhamdullilah, berjaya membaiki mesin basuh yang telah dirosakkan sendiri oleh suami akak kembali beroperasi seperti biasa.

Friday, 6 June 2014
Duit poket
Macamana hendak menjana pendapatan dari rumah? Buntu memikirkan apa yang boleh dilakukan semasa di rumah. Kalau kita bekerja makan gaji sudah tentu setiap hujung bulan sudah ada duit poket. Masalah ini akan berlaku kepada suri rumah sepenuh masa seperti akak ini. Hampir 3 minggu menyandang gelaran suri rumah. Alhamadullilah, terima kasih buat suami tersayang, kerana dia telah memberikan idea untuk bekerja dari rumah.
Idea ini dapat selepas menghantar surat notis berhenti bekerja di syarikat Swasta di
Hi Tech Kulim Park. Pada mulanya akak kurang yakin untuk bekerja secara "online" ini. Iyalah, hendak berniaga mesti mempunyai blog, mesti ada guru. Blog pun tiada, guru pun tiada rungsing ...
Syukur, Allah permudahkan. Semasa membuat pencarian di "google" terjumpa satu blog http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Sangat menarik dan tertarik apabila membaca blog ini. Terima kasih kepada Cikgu Zalia.
Akhirnya akak berjaya membuat blog sendiri. Tips-tips dan kata-kata semangat dari guru serta bimbingan tidak kira waktu. Ada waktunya akak agak kurang faham dan keliru, tetapi guru online ini tidak jemu memberi tunjuk ajar.
Ya, sekarang akak sudah dapat hasil jualan. Walaupun masih baru lagi di dalam perniagaan online ini. Sudah mendapat duit poket (hasil jualan).
Ada kata pepatah ;
" sikit-sikit lama-lama jadi bukit "
Cuba dan jangan mengalah. Bersandarkan hanya kepada Allah.
Insya Allah rezeki kita ada.
Jangan mudah mengalah, itu adalah musuh di dalam diri kita. Hendak berjaya mesti berusaha.
Sehingga bertemu lagi...

Thursday, 5 June 2014
Suri Rumah
Alhamdullilah.. sekarang akak sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak.
Sekarang akak masih lagi bekerja dan majikan baru akak adalah "Allah " Maha Pencipta sekelian alam. Beribadah sepenuhnya. Seronok sangat, boleh bangun awal untuk mendapatkan 3T;
Tahajud
Tasbih
Taubat
Kalau dulu bekerja di kilang solat tak pernahnya di awal waktu. Selalu juga terlewat, iyalah.. bekerja sebagai Juruteknik di kilang ada sahaja masalahnya. Kadang-kadang dekat waktu asar, baru boleh solat zohor. Sedih sangat-sangat. Tuntutan dari Allah akak tidak tunaikan dengan sempurna, tetapi tuntutan duniawi yang menjadi keutamaan akak. MasyaAllah...
Seronoknya berada di rumah, akak dapat melakukan ibadat solat sunat Dhuha, kalau dulu bekerja di kilang, takut-takut juga hendak ke surau. Nanti ada aduan pula dari pihak atasan. Juruteknik asyik menghilangkan diri setiap jam 10 pagi. Alhamdullilah , sekarang hati menjadi tenang tiada lagi rasa ketakutan.
Salah satu cara hendak menjemput rezeki ialah dengan melakukan ibadah solat sunat dhuha;
Solat dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula , Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Ruang waktu dan waktu afdal untuk melakukan solat dhuha.
Sesuai dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya kira-kira 20 minit selepat terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadarsatu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini berakhir sebelum menjelang waktu zohor. Jadi , secara mudahnya batas waktu solat sunat dhuha diantara pukul 7.30 pagi hungga 1.00 tengahari.
nanti kita sambung lagi :)

Tuesday, 3 June 2014
Cenderahati
Kainnya dilukis dengan hasil tangan yang halus. Untuk mereka yang inginkan kelainan bolehlah menempah terus.
Khas buat mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Akak cuba membantu bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan dan ini akan menjadi satu cenderahati dan sebagai kenangan untuk para tetamu nanti.
Apa tunggu lagi, sekarang di buka untuk tempahan cenderahati perkahwinan, harga mengikut kuantiti pesanan.
Tidak rugi untuk mendapatkan sesuatu sebagai kenangan
Ada lagi menarik.. "goodies bag". Untuk mereka yang inginkan kelainan. Boleh dapatkan di sini. Macam comel..macam cantik. Beg berbentuk arnab.
![]() |
"Batik's Bunny Treats Bag" sangat sesuai dimusim-musim perayaan. |
Saturday, 3 May 2014
Catatan Harian
Salam semua...
Promosi hanya di bulan Mei sahaja tau..Rugi ker rugi kiranya tak ambil peluang ini.
Pengurus ABDR;
norhasliza abuhassan
sms/whatsapp: 012 4797046
Catatan harian, akan menjadi teman yang berharga, yang dapat
memperkayakan hidup dalam berbagai cara. Inilah perkara yang kita dapat lakukan
dan mungkin juga dapat memberi manfaat kepada kita.
Sebenarnya catatan harian kita merupakan rujukan yang paling
berharga.
Sebuah diari dapat membawa kita menemukan diri kita.
Tips untuk menulis secara konsisten;
·
Bahasa hendaklah jelas dan mudah difahami
·
Biarkan jari menaip dengan santai
·
Carilah guru untuk menulis ( Cikgu saya Pn Zalia
Mohamad)
·
Wujudkan geng penulis ( WAHM )
·
Pilih cara menulis dalam blog ( Akademi Bekerja
Dari Rumah )
Sahut cabaran 44 hari untuk menulis diblog. Untuk menulis setiap hari saya buatkan jadual peribadi. Hahaha.. senang ker senang.. tengok jadual menulis setiap hari. Insya Allah... semoga dipermudahkan.
Khas buat kawan-kawan yang ingin menjana pendapatan dari
rumah.
Ingin berniaga , tetapi tiada produk . Boleh mendaftar terus
sebagai Pengurus Online Akademi. Pelbagai rangkai produk yang boleh kita
dapati.
Insya Allah…. Semoga dengan cari ini dapat melahirkan usahawanita yang Berjaya
bekerja dari Rumah.
Kita tidak perlu keluar rumah, mengelurkan modal yang
banyak, menyimpan dan pos stok barang.
Mudah sangat mudah.. hanya menggunakan internet sahaja.
Maklumat lanjut dan ingin mendapat kosultasi , boleh
berhubung terus;
norhasliza abuhassan
sms/whatsapp: 012 4797046
Thursday, 24 April 2014
Pertama Kali Menulis Blog
Bismillahirahmanirahim
Saya Hasliza dari Kulim, bekerja sebagai Juruteknik di Perindustrian Kulim Hi-Tech Kedah.
Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak , 2 lelaki dan seorang perempuan.
Dilahirkan di Hospital Sungai Bakap, pada tahun 1977. Dibesarkan di beberapa daerah negeri
kerana bapa seorang tentera. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sungai Petani, melanjutkan pelajaran di IKM Beseri, Perlis, seterusnya melanjutkan ke peringkat diploma di GMi Cheras Kuala Lumpur. Alhamdulillah berjaya tamat pengajian pada 2003.
Setelah 5 tahun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah begitu tinggi.
Pada awalnya suami tidak mengizinkan kerana faktor kewangan. Jadi saya mengambil
inisiatif memiliki sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan seterusnya membantu
keluarga. Saya telah menhadiri beberapa kelas seperti kelas masakan dan jahitan. Begitu
juga saya pernah menjadi agen menjual produk makanan seperti biskut raya dan coklat.
Namun sambutan kurang menggalakan. Saya mencari punca kegagalan saya iaitu gagal dalam pengurusan masa.
Pada tahun 2012 semua anak-anak telah bersekolah, jadi saya tidak mampu membahagikan masa saya bersama suami, anak-anak, beribadat, pekerjaan dan juga kerja sambilan. Keadaan menjadi tunggang langgang dan saya mengalami masalah tekanan yang amat sangat. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat dan juga keluarga. Disamping itu juga dapat meneruskan bisnes "online".
Pada April 2014, surat perletakkan jawatan sudah diserahkan. Dalam pemikiran saya berlegar-legar, apa yang perlu saya lakukan setelah berhenti. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Puan Zaila di alam siber semasa mencari-cari ilmu berkaitan bekerja dari rumah. Tanpa membuang masa dan atas dorongan kuat dari suami, saya mendaftar menjadi ahli "Akademi WAHM". Moga-moga pertemuan yang diaturkan oleh Allah s.w.t ini akan membuka jalan dan ruang untuk saya menjana pendapatan dari rumah.
Akhir sekali, niat saya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan dalam bidang saya. Mudah-mudahan apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap Allah Taala memberi ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.
Wasalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)