https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Apa Ertinya saya Menganut ISLAM

Buku : Apa Ertinya saya Menganut ISLAM
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar

Alhamdullilah, syukur dapat menghadiri kuliah maghrib di Masjid Sg ular bersama suami tersayang. Terima kasih abah, sebab bawa mama ke majlis ilmu ini. Tenang dan damai sahaja hati ini. 
Baiklah.. akak nak berkongsi sedikit ilmu yang akak pelajari semalam. Apa ertinya saya menganut islam, kitab ini terbahagi kepada 2 bahagian. Tetapi semalam hanya permulaan tajuk sahaja yang sempat diulas oleh Ustaz Zul. Belum sempat di kupas.

"Bahagian pertama, membentangkan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia menjadi muslim."

Saya mestilah  beriman!!! 
Itulah permulaan tajuk yang di sebut oleh ustaz Zul. Apa yang perlu kita lakukan supaya menjadi orang yang beriman. Perlu melakukan kebaikan dan jauhkan kemungkaran. Setiap diri mesti bertanggungjawab ke atas dirinya.
Untuk beriman mesti ada ilmu, Tauhid, Aqidah,Usuludin . Tanpa ilmu kita akan rugi selama-lamanya. Amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia sekiranya tiada ilmu Allah. 

Apa ertinnya kita mengaku sebagai umat islam, tetapi tidak menurut perintah Allah. Khas buat muslimat. Apa yang dimaksudkan menutup aurat. Bukan sekadar menutup kepala tetapi seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan.

Rata-rata sekarang sudah menjadi trend membalut aurat bukan menutup aurat. Kita sepatutnya  melonggarkan pakaian agar tidak menampakkan bentuk tubuh yang mengiurkan. 

Pengalaman, pada mulanya akak susah juga. Setiap kali keluar dari rumah suami akan berpesan.. labuhkan tudung mama dan jangan lupa pakai stokin. Memanglah perkara baru agak leceh sedikit. Nasihat demi nasihat dari suami tersayang akak sudah terbiasa. Sekarang berasa sangat selesa. Kalau keluar dari rumah akak akan pastikan penampilan mengikut syarak yang telah digariskan dalam islam.

Pesanan untuk diri sendiri, pakailah pakaian yang di redhai Allah. 

Thursday, 1 May 2014

Selamat Datang Bulan Rejab


Alhamdullilah, Allah masih panjangkan umurku. Hari ini 1 Rejab dan bulan yang ditunggu-tunggu untuk kita sebagai umat islam. Kita digalakkan melakukan ibadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum menghadapi bulan Ramadan.

Ia adalah satu permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SWT bersabda, 

“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. 

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. 

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. 

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT. 

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” 

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.” 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: 

“Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?” 

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.” 

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.” 

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?” 

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” 

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 

Tuesday, 29 April 2014

EMPAT TANDA HIDUP TIDAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tidak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tidak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tidak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tidak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tapi 
tidak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tidak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tidak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tidak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tidak dapat manfaat.


Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tidak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.


Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main "game", leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tidak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat 
tidak sampai 5 minit. Zikir langsung tidak amal. Malah hendak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Tidurlah anakku

Sebelum tidur, anak yang kecil meminta saya bacakan buku untuknya. MasyaAllah betapa mengantuknya... tidak menghampakan perasaan anak ini. Saya gagahi jua untuk membacanya walaupun mata semakin kuyu dan layu.


Kisah seorang lelaki menjadi ahli syurga.

Antara sahabat Nabi Muhammad s.a.w Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar yang ingin mengetahui siapakah gerangan yang bakal menjadi ahli syurga itu.Mereka begitu tertarik untuk mengetahui apakah ibadat yang dilakukan lelaki itu.

Pada pandangan mereka, lelaki itu bukanlah seorang alim ulama, tetapi hanyalah lelaki biasa sahaja. Ini menyebabkan Abdullah bin Umar semakin ingin mengetahui apakan amalan yang telah dia lakukan.

Pada suatu hari Abdullah bin umar telah meminta kebenaran untuk tinggal di rumah lelaki tersebut. Beliau yakin bahawa dia akan mengetahui apakah rahsia amalan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Setelah beberapa hari tinggal di rumah lelaki tersebut, Abdullah bin Umar tidak melihat satu pun amalan istimewa. Bahkan lelaki itu tidak bangun untuk melakukan solat tahajud yang sangat disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum pulang, Abudullah bin Umar telah bertanya,  Wahai saudaraku. "Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh membawa saya ke syurga."

"Saudara, memang tidak ada ibadatku selain daripada apa yang saudara lihat. Tetapi disamping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun,"kata lelaki itu.

"Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada dirimu. Maka aku berjanji tidak akan mencela dan iri hati kepada sesiapapun.  Terima kasih kerana memberi petunjuk kepadaku," balas Abdullah bin Umar.

Anak tertidur, entah bila lelapnya.