https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Thursday 24 April 2014

Pertama Kali Menulis Blog

Bismillahirahmanirahim

Saya Hasliza dari Kulim, bekerja sebagai Juruteknik di Perindustrian Kulim Hi-Tech Kedah.
Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak , 2 lelaki dan seorang perempuan.
Dilahirkan di Hospital Sungai Bakap, pada tahun 1977. Dibesarkan di beberapa daerah negeri
kerana bapa seorang tentera. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sungai Petani, melanjutkan pelajaran di IKM Beseri, Perlis, seterusnya melanjutkan ke peringkat diploma di GMi Cheras Kuala Lumpur.  Alhamdulillah berjaya tamat pengajian pada 2003.

Setelah 5 tahun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah begitu tinggi.
Pada awalnya suami tidak mengizinkan kerana faktor kewangan. Jadi saya mengambil
inisiatif memiliki sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan seterusnya membantu
keluarga. Saya telah menhadiri beberapa kelas seperti kelas masakan dan jahitan. Begitu
juga saya pernah menjadi agen menjual produk makanan seperti biskut raya dan coklat.
Namun sambutan kurang menggalakan. Saya mencari punca kegagalan saya iaitu gagal dalam pengurusan masa.

Pada tahun 2012 semua anak-anak telah bersekolah, jadi saya tidak mampu membahagikan masa saya bersama suami, anak-anak, beribadat, pekerjaan dan juga kerja sambilan. Keadaan menjadi tunggang langgang dan saya mengalami masalah tekanan yang amat sangat. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat dan juga keluarga. Disamping itu juga dapat meneruskan bisnes "online".

Pada April 2014, surat perletakkan jawatan sudah diserahkan. Dalam pemikiran saya berlegar-legar, apa yang perlu saya lakukan setelah berhenti. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Puan Zaila di alam siber semasa mencari-cari ilmu berkaitan bekerja dari rumah. Tanpa membuang masa dan atas dorongan kuat dari suami, saya mendaftar menjadi ahli "Akademi WAHM". Moga-moga pertemuan yang diaturkan oleh Allah s.w.t  ini akan membuka jalan dan  ruang untuk saya menjana pendapatan dari rumah.

Akhir sekali, niat saya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan dalam bidang saya. Mudah-mudahan apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap Allah Taala memberi ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

Wasalam.








No comments:

Post a Comment