https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Tuesday 29 April 2014

Tidurlah anakku

Sebelum tidur, anak yang kecil meminta saya bacakan buku untuknya. MasyaAllah betapa mengantuknya... tidak menghampakan perasaan anak ini. Saya gagahi jua untuk membacanya walaupun mata semakin kuyu dan layu.


Kisah seorang lelaki menjadi ahli syurga.

Antara sahabat Nabi Muhammad s.a.w Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar yang ingin mengetahui siapakah gerangan yang bakal menjadi ahli syurga itu.Mereka begitu tertarik untuk mengetahui apakah ibadat yang dilakukan lelaki itu.

Pada pandangan mereka, lelaki itu bukanlah seorang alim ulama, tetapi hanyalah lelaki biasa sahaja. Ini menyebabkan Abdullah bin Umar semakin ingin mengetahui apakan amalan yang telah dia lakukan.

Pada suatu hari Abdullah bin umar telah meminta kebenaran untuk tinggal di rumah lelaki tersebut. Beliau yakin bahawa dia akan mengetahui apakah rahsia amalan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Setelah beberapa hari tinggal di rumah lelaki tersebut, Abdullah bin Umar tidak melihat satu pun amalan istimewa. Bahkan lelaki itu tidak bangun untuk melakukan solat tahajud yang sangat disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum pulang, Abudullah bin Umar telah bertanya,  Wahai saudaraku. "Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh membawa saya ke syurga."

"Saudara, memang tidak ada ibadatku selain daripada apa yang saudara lihat. Tetapi disamping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun,"kata lelaki itu.

"Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada dirimu. Maka aku berjanji tidak akan mencela dan iri hati kepada sesiapapun.  Terima kasih kerana memberi petunjuk kepadaku," balas Abdullah bin Umar.

Anak tertidur, entah bila lelapnya.

No comments:

Post a Comment