https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Sunday 27 April 2014

Hidup secara sihat

Salam,

Orang dahulu tidak perlu mengambil vitamin.
Orang sekarang perlu mengambil vitamin.

Kenapa kita perlu ambil vitamin.

Zaman dahulu tidak ada pencemaran, mereka  tidak makan makanan proses, makanan segera dan sebagainya. Perbezaan sangat ketara, tiada bahan-bahan kimia,sayur-sayuran tanpa baja atau bahan kimia untuk mendapatkan hasil tumbuhan yang segar.

Cuba kita tengok atuk dan nenek kita sihat saja , jarang dapat sakit sakit..

Sekarang kita sudah ada macam-macam penyakit.. sakit sinilah.. sakit sanalah..
Semuanya berpunca dari apa yg bahan kimia yg kita makan.

Era zaman 60 thn ke atas baru ada sakit kronik, tetapi sekaran era 40an dah mula sakit sakit… (huhuhu kesian kesian).

Umur semakin pendek, jadi apakata kita kekalkan  kesihatan. Jadi pengambilan vitamin dapat memanjangkan jangka hayat kesihatan kita . Tidak dinafikan kita semua akan mendapat sakit tetapi tanpa ikhtiar kesihatan dalaman akan merosot. Seterusnya mudah dijangkiti penyakit kronik, seperti  diabetes, darah tinggi, sakit jantung,sakit sendi, gout,dan banyak lagi.

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk-bentuk lain. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.



No comments:

Post a Comment