https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Tuesday 27 May 2014

Coconut Pancake

Alhamdullilah..

Hari ini sudah genap seminggu  bergelar suri rumah sepenuh masa. Seronok rupanya duduk di rumah ni..macam-macam aktiviti boleh kita lakukan.
Rupanya ada hikmah yang dah Allah tentukan. 


Terbaik, sarapan untuk hari ini.. coconut pancake, tapi kalau di kampung kita panggil "peknga kelapa". Resepi ini ambil dari mak.

Bahan-bahannya:

1 mangkuk kecil - kelapa parut
1 mangkuk kecil - tepung gandum
secubit garam
sedikit esen vanila perasa pandan
air secukupnya.

Caranya mudah dan ringkas. Hanya campurkan kesemua bahan tadi kedalam mesin pengisar
 " blander ". Kisar tidak perlu lama. Hanya beberapa minit saja.

Tips untuk tidak melekat pada kuali semasa membakar.. letakkan sedikit butter atau planta.

Setelah semua bahan ini disatukan bolehlah mula membakar.

Selamat mencuba.



2 comments:

  1. k.za dah berhenti kerja?..suri rumah lagi best..hehehe...selamat maju jaya on your business :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Eija.. akan buat sehabis baik. niat yang baik akan menghasilkan yang terbaik.. insya Allah :)

      Delete