https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Monday 23 June 2014

Buah Zuriat

Salam semua... pernah dengar buah zuriat?
Pertama kali lihat buah zuriat ini sewaktu hendak membeli stok kurma dan kismis untuk anak-anak di rumah. Cuba tanya tuan empunya kedai di Hijrah Mart Kulim  apa khasiat buah zuriat ini. Dia cakap khas untuk mereka yang inginkan cahayamata bolehlah mencuba.

Buah zuriat juga dikenali juga sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular dikalangan jemaah haji dan umrah. "Doum"  ia di kenali di negara Arab.

Khasiatnya ialah sebagai

-penyediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.
- untuk darah tinggi mahupun darah rendah
- membetulkan hormon dalam badan kita
- menambahkan tenaga
- melancarkan kedatangan haid
- menyebabkan kehamilan ( insya Allah dengan izinNya )

Cara penyediannya;

1- 1 biji diambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus bersama 4 cawan air selama 15 minit.

2- Selepas itu biarkan selama 2 jam dan kisar buah zuriat tadi bersama air rebusan tadi. Bijinya jangan di kisar. Siap kisar tapis dan campus sedikit madu atau gula dan minum pagi dan malam.

3- Esoknya ulang cara yang sama. Setiap hari 1 biji selama. Amalkan selama 3 minggu.
**Khasiat buah zuriat akan hilang sekiranya kita rebus berulang kali.

untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut bolehlah terus menghubungi;
http://fatemah-abdullah.blogspot.com/2012/05/khasiat-buah-zuriat.html



No comments:

Post a Comment