https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Friday 6 June 2014

Duit poket

Macamana hendak menjana pendapatan dari rumah? Buntu memikirkan apa yang boleh dilakukan semasa di rumah. Kalau kita bekerja makan gaji sudah tentu setiap hujung bulan sudah ada duit poket. Masalah ini akan berlaku kepada suri rumah sepenuh masa seperti akak ini. Hampir 3 minggu menyandang gelaran suri rumah. Alhamadullilah, terima kasih buat suami tersayang, kerana dia telah memberikan idea untuk bekerja dari rumah. 

Idea ini dapat selepas menghantar  surat notis berhenti bekerja di syarikat Swasta di 
Hi Tech Kulim Park.  Pada mulanya akak kurang yakin untuk bekerja secara "online" ini. Iyalah, hendak berniaga mesti mempunyai blog, mesti ada guru. Blog pun tiada, guru pun tiada rungsing ...

Syukur, Allah permudahkan. Semasa membuat pencarian di "google" terjumpa satu blog http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Sangat menarik dan tertarik apabila membaca blog ini. Terima kasih kepada Cikgu Zalia. 
Akhirnya akak berjaya membuat blog sendiri. Tips-tips dan kata-kata semangat dari guru serta bimbingan tidak kira waktu. Ada waktunya akak agak kurang faham dan keliru, tetapi guru online ini tidak jemu memberi tunjuk ajar.

Ya, sekarang akak sudah dapat hasil jualan. Walaupun masih baru lagi di dalam perniagaan online ini. Sudah mendapat duit poket (hasil jualan).

Ada kata pepatah ;

" sikit-sikit lama-lama jadi bukit "

Cuba dan jangan mengalah. Bersandarkan hanya kepada Allah.
Insya Allah rezeki kita ada.
Jangan mudah mengalah,  itu adalah musuh di dalam diri kita. Hendak berjaya mesti berusaha.

Sehingga bertemu lagi...


No comments:

Post a Comment