https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Thursday 5 June 2014

Suri Rumah

Alhamdullilah.. sekarang akak sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak. 
Sekarang akak masih lagi bekerja dan  majikan baru akak adalah "Allah " Maha Pencipta sekelian alam. Beribadah sepenuhnya. Seronok sangat, boleh bangun awal untuk mendapatkan 3T;

Tahajud
Tasbih 
Taubat

Kalau dulu bekerja di kilang solat tak pernahnya di awal waktu. Selalu juga terlewat, iyalah.. bekerja sebagai Juruteknik di kilang ada sahaja masalahnya. Kadang-kadang dekat  waktu asar, baru boleh solat zohor. Sedih sangat-sangat. Tuntutan dari Allah akak tidak tunaikan dengan sempurna, tetapi tuntutan duniawi yang menjadi keutamaan akak. MasyaAllah...

Seronoknya berada di rumah, akak dapat melakukan ibadat solat sunat Dhuha, kalau dulu bekerja di kilang, takut-takut juga hendak ke surau.  Nanti ada aduan pula dari pihak atasan. Juruteknik asyik menghilangkan diri setiap jam 10 pagi. Alhamdullilah , sekarang hati menjadi tenang tiada lagi rasa ketakutan.

Salah satu cara hendak menjemput rezeki  ialah dengan melakukan ibadah solat sunat dhuha;

Solat dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula , Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Ruang waktu dan waktu afdal untuk melakukan solat dhuha.

Sesuai dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya kira-kira 20 minit selepat terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadarsatu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini berakhir sebelum menjelang waktu zohor. Jadi , secara mudahnya batas waktu solat sunat dhuha diantara pukul 7.30 pagi hungga 1.00 tengahari.

nanti kita sambung lagi :)



No comments:

Post a Comment