https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Saturday 14 June 2014

Mesin Basuhku

Salam semua, hari ini akak  hendak berkongsi pengalaman yang seronok didengar khas untuk para isteri di luar sana.
Beruntungnya ada suami yang pandai segala hal. Jam baru menunjukkan pukul 10.00 pagi, suami sedang membantu akak untuk membasuh kain yang penuh di dalam raga. Semalam kami sekeluarga pergi bercuti ke Tambun " Lost World Water Park" di Ipoh.  Minggu-minggu terakhir cuti persekolahan. Selalunya kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama anak-anak. Dapat merapatkan lagi kasih sayang bersama anak-anak.


Inilah hasilnya.. mesin basuhku telah dinaik tarafkan. Akak tanya suami, kenapa jadi macam ini, dia jawab abah nak cuci dulu dalam mesin basuh ini sudah lama tidak bercuci. Akak tersenyum, akhirnya  apabila siap dicuci, suis di bukakan. Mengejutkan isi satu rumah. Bunyi penggera mesin basuh berbunyi tanpa henti. Dalam hati, inilah dugaan. Allah sedang menguji umatnya.
Cuba mencari punca apa yang menyebabkan ia berbunyi. Suami akak tidak berputus asa. Dia cakap insya Allah ada jalan penyelesaian.


Apalagi terus jumpa jurutera "Google", pendek kata segala maklumat yagn kita inginkan pasti ada di dalam carian. Sudah jumpa ikut satu persatu bagaimana hendak baikinya. Sambil-sambil cuba baiki mesin basuh , suami sempat lagi melayan kerenah anak .


Alhamdullilah, berjaya membaiki  mesin basuh yang telah dirosakkan sendiri oleh suami akak kembali beroperasi seperti biasa.







No comments:

Post a Comment