https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Hasliza/250318831818519?ref=hl

Monday 16 June 2014

Pastri Choux

Salam semua, berkongsi resepi sudah menjadi kemestian  untuk akak, resepi baru Pastri Choux.
Berminat hendak mencuba, boleh dapatkan resepinya di sini. Sangat mudah, senang dan menyeronokkan sambil melayan kerenah anak-anak semasa di dapur. Pertama kali akak mencuba pastri ini.  Sebelum ini akak hanya membuat carian di " Google " sahaja. Tetapi tidak pasti dengan bahan-bahannya. Agak sikit sangat bahan yang diperlukan.
Sempena hari jadi akak yang lalu, suami akak telah menghadiahkan beberapa buah bahan bacaan, antaranya 400 Resepi Popular terbitan oleh Qaff Publications.  Sambil-sambil menyelak muka surat buku ini, terpandang bahagian paf. Tidak membuang masa akak mencuba. Alhamdulillah, berjaya.

Bahan-bahannya;
100 gm mentega
250ml air
1 sdm gula pasir
150 gm tepung gandum
1/4 sdt garam
3 biji telur ( akak guna size B )

Cara membuatnya;
1. Didihkan air dan mentega, kemudian masukkan tepung gandum , kacau hingga adunan pekat dan masak. Angkat dan sejukkan.

2. Masukkan garam, gula dan telur, pukul hingga rata. Kemudian masukkan adunan ke dalam piping beg dengan kon berbentik kerang.

3. Picitkan adunan di atas loyang yang telah di sapu marjerin dengan membuat bentuk bulatan.

4. Bakar dengan suhu 200ºc selama 25 minit. Angkat dan sejukkan

Untuk membuat krim kastad;

50gm tepung jagung
500ml susu cair
150gm gula pasir
1/4 sdt garam
1 sdt serbuk vanila
1 sdm mentega

Cara membuatnya;
1. Campurkan susu cair ,gula pasir, tepung jagung ,garam dan vanila. Kacau rata. Kemudian masak hingga mendidih dan pekat

2. Tambahkan mentega , kemudian kacau hingga rata. Angkat

* Adunan untuk pastri dan krim cukup untuk 25 biji.

Tips untuk meletakkan inti krim kastad kedalam pastri. Hanya gunting sedikit di hujung pastri kemudian picitkan krim kastad ke dalamnya.


Selamat mencuba. Insya Allah pasti berjaya.

No comments:

Post a Comment